Pelancongan & Tempat Bersejarah

Titah Diraja Menyentuh Pencapaian EkoPelancongan SELAMA

Titah Diraja Menyentuh Pencapaian EkoPelancongan SELAMA
MENJUNJUNG KASIH TUANKU
Imbas Kembali : Titah Perasmian DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua DUN Perak ke-15 pada 23 Feb. 2024 yang menyentuh tentang pencapaian MDS berkaitan ekopelancongan SELAMA.
Alhamdulillah, tahun 2023 mencatatkan seramai 130,150 orang pengunjung telah melawat SELAMA iaitu angka yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Ianya merupakan satu peningkatan berbanding 103,480 pada tahun 2022.
Sempena Tahun Melawat Perak 2024, MAJLIS DAERAH SELAMA menyasarkan angka berkenaan tidak kurang daripada 150,000 orang. Terima kasih تريما كاسيه tidak terhingga di atas kunjungan dan sokongan kepada kami selama ini.
SELAMA, Perak antara lokasi ekopelancongan yang boleh anda kunjungi kerana menawarkan pelbagai lokasi yang menarik dan mendamaikan.
Nak tau apa yang ada di lembah healing ini ?
Pengunjung boleh melayari Selama Virtual Tour : www.selamatourism.com untuk meninjau secara digital terlebih dahulu sebelum mengunjungi kami secara fizikal.
Jom ke SELAMA !
Unit Pelancongan
MAJLIS DAERAH SELAMA
27.04.2024