Sejarah

SEJARAH

C360 2015-06-15-08-44-47-324

Asal usul nama Banggol Jas terhasil apabila sekumpulan rombongan dari Jawa yang diketuai oleh Tuan Haji Hussein atau lebih dikenali sebagai Tok Jawa meneroka kawasan ini. Beliau adalah orang pertama yang meneroka kawasan Banggol Jas pada sekitar tahun 1856-1857. Nama Banggol Jas terhasil kerana terdapat sepohon pokok Jas yang besar tumbuh di satu busut yang difahamkan berhampiran dengan tapak masjid Kampung Banggol Jas yang ada sekarang.