Maklumat Setempat

Pertanian

aa

Tanaman Sayur-sayuran

Masyarat banyak menyedari bertapa pentingnya kesihatan,sehingga banyak yang menukar cara permakan memakan makanan segera kepada makanan organik. Makanan organik adalah makanan secara semulajadi bukan makan yang mengandungi ubat- ubatan,hormon pertumbuhan,antiobiotik,vaksin dan sebagainya yang digunakan pada masa era kemodenan masa kini.Banyak yang berfikiran untuk mendapat sayur -sayuran yang benar-benar organik dan segar sangat susah,namun tidak untuk masyarat Kampung Sungai Bayor,Daerah Larut Matang Selama,Kerana terdapat kebun sayur-sayur yang terletak di Kampung Kuala Sungai Rambutan. Kebun sayur yang di usahakan oleh Hj. Anuar Bin Nurdin,beliau benar-benar menjaga kualiti kebunnya agar tidak tersentuh bahan yang mengandungi kimia. Kebun yang berkeluasan 18 ekar,berupaya menanam tanaman pisang mas dan pisang berangan sebanyak 6300 batang pokok. Di  jangka hujung januari 2016 akan menanam pisang nangka sebanyak 1000 sulur. Manakala tanaman cili  sebanyak lebih 50 ekar,tanaman cili sebagai tanaman kontan di antara pisang dan kelapa sawit,tujuan kawalan rumpai untuk tambah pendapatan jangka masa pendek. Beliau mensasarkan akan menambahkan keluasan tanaman dua tahun lagi. 

  aaa aaaaa

IMG-20160112-WA0015 ss sss

TANAMAN BUAH NAGKA MADU MADURA

Ladang seluas dua hektar ini terletak di Kampung Belia,Sungai Bayor,diusahakan oleh dua orang belia iaitu Azam Shahuri Mohd. Daud dan Mohd. Ridzuan Bahari yang kini mampu menghasilkan sebanyak 500 kilogram nangka madu sebulan.Daerah Selama akan menjadi pengeluar terbesar buah nangka madu madura berikutan permintaan yang tinggi serta kesesuaian penanaman buah-buahan tropika berkenaan di utara negeri Perak,kini 100 hektar tanah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama telah ditanam dengan buah nangka dari spesies terbaik  yang berpotensi untuk dikomersialkan,daerah Selama memilih buah nangka madu madura kerana ia antara buah nangka yang mudah ditanam serta mempunyai harga tinggi di pasaran dan tidak bermusim.Nangka madu ini mula mengeluarkan hasil pada usia satu setengah tahun dengan setiap buah beratnya antara 10 hingga 15 kilogram.Selain menjualnya secara mentah kerana aromanya yang begitu menyenangkan, melalui kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA), nangka madu madura Selama ini boleh dijadikan cip, halwa dan dibuat jus dan pelbagai penghasilan lain yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport.Selain produk nangka yang sedia dimakan terus iaitu yang mengalami pemprosesan minimum segar dan diproses berbentuk cip, kajian menunjukkan kedua-dua produk tersebut mengandungi khasiat yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan import.

“Sementara itu Azam Shahuri Mohd. Daud berkata, beliau memilih untuk menanam buah nangka madu madura kerana dalam tempoh setahun setengah sahaja tanaman ini telah berbuah.Katanya, setiap biji buah tersebut mempunyai saiz yang besar. Pada masa kini harga pasaran ialah RM1.20 sekilo dan ia semakin meningkat.Penanaman buah nangka ini tidak mempunyai banyak masalah dan ia boleh diusahakan secara mudah dan nangka madu ini juga keistimewaannya mempunyai banyak isi.Kami menjangkakan dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 sebulan melalui ladang ini,katanya yang mengusahakan ladang tersebut dengan rakannya Mohd. Ridzuan Bahari di tanah seluas 5.6 hektar di daerah ini”.

wu 01.1