Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020.
Sehubungan itu, pihak MCMC menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli Pusat Internet 1Malaysia dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativiti anda.
Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini untuk menonjolkan kreativiti anda dan mempamerkan idea-idea yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat terutama golongan remaja.
Menangi RM5000 untuk tempat pertama dan semua penyertaan layak mendapat sijil. Jom sertai sekarang dan tarikh tutup pertandingan adalah 1 September 2016 (12 tengah hari).
Untuk maklumat lanjut boleh layari link di bawah ini;
dan boleh memuat turun borang melalui link ini;