Maklumat NADI

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan satu program kerjasama antara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama pihak Telekom Malaysia (TM) yang bertujuan menyediakan capaian internet  jalur lebar kepada masyarakat di seluruh negara. Program ini diperkukuhkan lagi dengan pembiayaan melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat  (Universal Service Provision).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dibangunkan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan pihak SKMM. Proses pemilihan lokasi untuk pembangunan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah mengikut kesesuaian setelah tinjauan dan lawatan yang dilakukan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi untuk kegunaan komuniti sekitar. Penyedian 20 buah komputer yang lengkap dengan perisian mampu memberi pendedahan kepada komuniti dan merapatkan jurang komuniti selaras dengan objektif penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Selain itu, perkhidmatan fotostat, pencetak, kelas-kelas ICT,kelas keusahawanan serta pelbagai aktiviti lain turut disediakan untuk komuniti yang akan diuruskan oleh kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Penggunaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Pengguna digalakkan untuk mendaftar  sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terlebih dahulu bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan  dan perkhidmatan yang disediakan. Setiap ahli layak mengikuti setiap program secara percuma. Selain itu, banyak faedah lain turut diperolehi oleh ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).