Rekreasi & Pelancongan

Lata Tebing Tinggi

LR1

Di sini terdapat satu tarikan yang dapat mengamit kehadiran pelancong iaitu dengan wujudnya Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi yang sememangnya cukup istimewa. Sebab itulah ia menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Perjalanan ke sini juga terasa amat sekejap dek kerana asyik melihat keindahan pokok-pokok dan tumbuhan hijau. Pengunjung boleh datang dengan berkereta atau menaiki motosikal kerana jalan masuk ke kawasan air terjun ini telah diturap. Sebuah papan tanda kecil diletakkan untuk kemudahan pengunjung yang pertama kali datang ke sini. Jika inginkan kepastian, penduduk kampung sedia membantu menunjuk arah ke Lata Tebing Tinggi. Kejernihan air terjun dan kawasan untuk mandi manda yang luas membolehkan pengunjung memilih tempat yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Kicauan burung dan unggas hutan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke sini. Jika inginkan sesuatu yang lebih mencabar, pengunjung boleh meneroka sehingga ke kawasan di sebelah atas untuk melihat air terjun. Untuk melihat sendiri keindahan alam semula jadi, flora dan fauna yang masih terpelihara dan merasai kedinginan air terjun, orang ramai boleh berkunjung ke Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi yang terletak di Selama ini. Tiada bayaran dikenakan dan pengunjung pasti akan berpuas hati setelah berkunjung di sini. 

LR2

LR3