Keusahawanan

Keusahawanan

P1010803

USAHAWAN MAKANAN SEJUK BEKU

Produk keluaran Mak Lang Frozen memang tidak asing lagi di Sg. Bayor sehinggalah ke bandar yang berhampiran iaitu Selama. Ramai yang berpuas hati dengan rasa dan kualiti produk yang dihasilkan. Bagi kami sendiri yang telah merasai keenakan produk-produk yang dihasilkan oleh Mak Lang Frozen ini apa yang dapat disimpulkan adalah harga yang berpatutan dengan kualiti yang amat bermutu tinggi. Memang sangat rugi kalau tak cuba. Misalnya, roti canai keluaran Mak Lang Frozen ini setelah dipanaskan teksturnya amat lembut dan gebu seperti baru dicanai. Mak Lang Frozen amat mementingkan kualiti dan Alhamdulillah produk-produk keluaran Mak Lang Frozen mendapat tempat di hati penduduk setempat.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

 Nama Perniagaan dan Alamat                         
 Zuraina Enterprise 
 Z21 Kg. Masjid 34140 Rantau Panjang, Selama Perak                
 Jenama  Mak Lang Frozen
 Pemilik  Zuraina bt Idris
 Tarikh Beroperasi

 2001

 

Jeni-jenis produk yang dikeluarkan adalah roti canai, karipap (kari ayam, daging berlada dan sardin), cucur badak, cucur kacang, samosa, sardin gulung, donat, masalodeh, murtabak (ayam dan daging) , capati dan pau (kelapa, serikaya pandan, kacang merah dan kari ayam).

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pn. Zuraina bt Idris di talian 05-8396695 atau En. Yahya bin Mat Ishak 019-4651965

 

 

USAHAWAN PARANG DAN PISAU

Dewasa ini sukar untuk melihat golongan belia melibatkan diri dalam seni pembuatan parang dan pisau. Namun, di Sg. Bayor terdapat seorang pengusaha parang dan pisau iaitu En. Mohamad Ridzuan yang berusia 35 tahun. Minat yang mendalam mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Perniagaan yang diberi nama Atap Rembia Enterprise ini telah beroperasi selama dua tahun. Pelanggan utama beliau adalah penduduk di sekitar kampung yang menempah parang untuk kegunaan sendiri dan sebagai koleksi.

Tempoh penghasilan produk mengambil masa seawal 4 hari dan paling lama memakan masa selama sebulan bergantung pada jenis besi yang digunakan. Dari segi kos, harga sebilah pisau sekitar RM60-RM150 dan harga sebilah parang sekitar RM100-RM280. Keterangan ringkas mengenai proses pembuatan parang dan pisau ini seperti berikut :

Bakar besi – besi diketuk dengan tukul sehingga nipis – mata pisau/parang dibentuk – asah dan canai mata menggunakan grander – mata pisau/parang disepuh – penghasilan hulu – kemasan dan siap untuk diberi kepada pelanggan.

Harapan beliau semoga industri ini tak ditelan zaman dan perniagaannya dapat diwarisi oleh anak-anaknya kelak.

1470099 1026585277386965 8328746472894037013 n

 

 

PERUSAHAAN DAUN GETAH

Perusahaan daun getah berlokasi di Kg. Garok, Sg. Bayor merupakan program keusahawanan di bawah bimbingan RISDA. Sudah ramai usahawan yang dilahirkan oleh RISDA dalam bidang ini. Bagi para usahawan yang telah mahir mereka akan diundang untuk memberi tunjuk ajar menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh pihak RISDA khususnya bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang ini.

Produk ini mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang bergiat secara serius. Harga sekilo daun getah yang siap dikeringkan ialah RM350.00 sehingga RM400.00 bergantung kepada saiz daun. Manakala produk yang mampu dihasilkan oleh sekilo daun getah yang siap diproses ialah sekitar 10 ribu kuntum bunga termasuk aksesori lain daripada daun getah. Sekuntum bunga daripada daun getah siap berharga RM3.50.

untuk maklumat lanjut anda boleh berkunjung ke lokasi perusahaan atau ke RISDA.

 

 PERUSAHAAN PASU BUNGA KITAR SEMULA

 IMG-20151008-WA0005   IMG-20151008-WA0019    IMG-20151008-WA0013

Disebabkan faktor kos sara hidup yang kian meningkat usahawan muda ini telah mengunakan kreativiti dan idea untuk menghasilkan pasu buatan sendiri yang berasaskan bahan kitar semula. Ini merupakan anjakan paradigma oleh golongan muda dalam meningkatkan pendapatan hidup mereka.Anda pasti dapat melihat pelbagai bentuk serta warna pilihan hati jika anda mengunjungi teratak beliau yang berada di alamat 4035 Kampung Banggol Jas,34140 Rantau Panjang,Perak atau menghubungi di talian 05-8396896/010-3912293.Tempahan di ambil berdasarkan saiz dan warna pilihan anda bermula dari S sehingga L serta harga bermula dari RM25 sehingga RM45.

 

 BAZAAR RAMADHAN 2016

Seperti biasa di bulan ramadhan, Bazaar Ramadhan Sungai bayor sering menjadi tumpuan penduduk kampung sekitar Sungai Bayor mencari-cari menu dan juadah berbuka yang menyelerakan dan memudahkan persiapan menjelang persiapan waktu berbuka puasa. Di kesempatan itu para peniaga mengambil kesempatan ini untuk menjual pelbagai menu dan juadah.

10353308 748084545268185 1030092976732841087 o 10475968 748084338601539 1597917989651664987 o 10552437 748083771934929 8838955220579721223 n