mcmc
Aktiviti Semasa

🌿 PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA! 🌿

🌿 PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA! 🌿
📅 9 OKTOBER 2025 (KHAMIS)
📍 NADI Sungai Bayor (Kg Banggol Jas)
🕗 Bersama Primer Care Clinic Serdang

Jom datang buat saringan kesihatan percuma di NADI!
Program ini dijalankan bawah PeKa B40 & PERKESO (Sehati) bagi membantu anda mengesan penyakit lebih awal 💪

🔹 Pemeriksaan disediakan:
1️⃣ Pemeriksaan darah bawah PeKa B40
2️⃣ Pemeriksaan oleh PERKESO (Sehati)
3️⃣ Tekanan darah & pemeriksaan gula
4️⃣ Promosi servis kesihatan oleh klinik

💬 Apa itu PeKa B40?
Skim PeKa B40 ialah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu golongan B40 menjalani saringan kesihatan PERCUMA.
Turut disediakan:
✔️ Bantuan alat perubatan hingga RM20,000
✔️ Insentif rawatan kanser bernilai RM1,000
✔️ Tambang pengangkutan hingga RM1,000

Langkah kecil ini mampu membawa perubahan besar untuk kesihatan anda! 🌸

📞 Hubungi NADI: 011-65608401
🔗 Semak kelayakan PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40